Selasa, 25 Juni 2019

KITA AKAN BERADA DI DALAM KUBUR JAUH LEBIH LAMA DARIPADA KITA HIDUP DI ATAS DUNIA INI.

KITA AKAN BERADA DI DALAM KUBUR JAUH LEBIH LAMA DARIPADA KITA HIDUP DI ATAS DUNIA INI.

Imam Syafie hidup 53 tahun di atas dunia, sekarang dia sudah meninggal dunia lebih kurang 1200 tahun..

Imam Nawawi hidup 43 tahun di atas dunia, sekarang dia sudah meninggal dunia lebih kurang 800 tahun..

P.Ramlee hidup 44 tahun di atas dunia, sekarang dia sudah  meninggal
lebih kurang 45 tahun...

Maka adakah berseronok dengan kelazatan dunia itu lebih utama daripada membina kebahagiaan di dalam lubang kubur nanti?

Allah ciptakan manusia dan jin itu adalah untuk kita beribadat kepada-Nya.

Bukan untuk berjalan-jalan, bukan untuk berhibur, bukan untuk bersuka ria di atas dunia ini.

Hanya satu jalan untuk seseorang itu gembira bila masuk kedalam lubang kubur nanti..

Iaitu menuntut ilmu dan beramal dengannya.

Carilah bekalan selagi mana kita hidup di atas dunia ini. Kelak mati nanti terputuslah sudah peluang untuk mendapatkan bekalan mati.

Kita hanya hidup sekali sahaja diatas dunia ini. Jangan mudah tertipu dengan kemanisannya yang tidak kekal.

Hadirilah majlis-majlis ilmu, belajarlah fardhu ain sebelum kita mati.

Hanya mereka yang berlandaskan Aqidah yang benar akan terselamat.

0 komentar:

Posting Komentar

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More